Bismillah
"Berilah peringatan!! sesungguhnya peringatan itu baik utk org2 yg beriman"
"Demi masa, sesungguhnya manusia berada dlm kerugian, kecuali org2 yg beriman dan beramal soleh dan
yg berpesan2 dengan kebenaran, dan yg berpesan2 dgn kesabaran"
Bru saja on9 facebook, kemudian terbaca status oleh Yusri Salam:
[apa salahnya si jahat menegur orang supaya berbuat baik? apa
kesalahannya? kenapa kita rasa kita tak perlu ikut nasihatnya?sebab dia
jahat? cos it makes them hypocrites? pemikiran manusia yang typical
adalah : "kenapa kau nak sibuk tegur aku,
...kau sendiri macam apa je."]
Post ini sgt menarik hati saya, kerana perkara seperti ini mmg menjadi kelaziman dlm masyarakat terutamanya masyarakat melayu.
Pada saya tidak perlu timbul isu "sibuk menegur org laen,sedangkn diri sendiri tidak terjaga"
Hal ini kerana, mmg kita manusia, tidak terlepas dr melakukan kesilapan..
Dan mmg menjadi kelaziman kita, utk tidak melihat akan kesalahan diri dan lebih cenderung mengesan kesalahan org laen..
Pada pendapat saya, kelebihan utk "mengesan kesalahan org ini" mmg satu anugerah Allah yg sgt istimewa..Kerana itulah kita diperintahkn utk saling tegur menegur dan peringt memperingati ke arah kebaikan dgn kesabaran..
mengapa saya melabelkannya sbg istimewa?jawapan bg persoalan ini akan lebih ketara jika kita mampu menjawab soalan dibwh ini :
"apakah kebaikan dlm memberi teguran kpd org lain?"
ada beberapa kebaikan yg dpt saya fkirkan disini..
pertama, mampu mengeratkn silaturrahim sesama manusia. Apabila hendak memberikan teguran, sudah menjadi kemestian utk kita bertgur, dan mengenali org tersebut trlebih dahulu. dan imagine jika teguran kita itu diterima baik oleh org trsebut, maka, sudah tentu org tersebut akan lebih menghargai kita dan mudah mendampingi kita..
kedua, sebagai salah satu bentuk mahasabah diri kita..Apabila kita berasa ingin menegur seseorg,kita akan lebih membandingkn perbuatan tersebut dgn kebiasaan kita..sudah tentulah jika kita berhasrat menegur perbuatan seseorg, kita sedar bhwa perbuatan itu salah atau tidak bertepatan dgn tuntutan agama atau kebiasaan. secara tidak langsung, akan terdetik dihati kita bhwa kita juga harus menjauhi perkara tersebut..trust me, u will..cubelah sendiri!!
ketiga, mendapat pahala dan ganjaran disisi Allah. Ini memang menjadi perkara yg umum..jd tidak perlulah diterangkn dgn lebih lanjut..
Oleh itu, ingin saya tekankn disini bahawa, tidak rugi untuk menegur kesalahan org laen..tetapi harus diingati, tujuan teguran itu dibuat haruslah atas niat yg baik, bukanlah dgn tujuan memalukan atau menonjolkan kelemahan individu tersebut.
"sibuk menegur org laen,sedangkn diri sendiri tidak terjaga, malah lebih teruk"
Jika kita masih berpegang pada takuk ini, saya rasa, tiada siapa pun yg layak menegur sebrng kesalahan org lain, kerana kita mmg tidak akan terlepas dr melakukan kesilapan...
Jikalau kita masih bersikap sedemikian, tidak mustahil satu hari nnt, tiada siapa yg berani memberi teguran berguna lagi...
Ingat!!
Jangan diendah siapa pemberi teguran, tetapi ambillah intipati teguran tersebut..
Ambillah mana yg jernih, dan tapis mana2 yg keruh..cloroxkn mana2 kotoran yg degil..apa yg penting, ikhlaskan niat dan sama2 lah bantu membantu..
Apa salahnya, kita kurangkn ego, terima teguran2, improvekn diri dan sama2 menuju kearah yg lebih baik..insyaAllah, kita akan mampu menghidupkan masyarakat Muslim yg berkualiti.
Bersama2 lah kita membudayakan sifat ini dlm kehidupan seharian.
p/s: terkilan dgn segilintir masyarakat yg masih memandang jelik si pemberi teguran.