World and Life Events

in my point of view

Amalan fardhu, sunat dan keutamaan

Published by 5yS under on 6:27 PM
Tertarik dgn kata-kata Imam Ghazali:
"Amalan Fardhu ialah modal, manakala amalan sunat ialah keuntungan"
Dalam sesuatu perniagaan, sudah tentulah kita mahukan keuntungan. Bygkn jika kita berhempas pulas berniaga seharian, namun pada penghujung hari, kita hanya beroleh semula modal, tanpa sebarang keuntungan, dan kadangkala, kita terpaksa menanggung kerugian. Sudah tentulah perniagaan kita dianggap tidak berbaloi bahkan merugikan.

Begitulah analogi kehidupan kita seharian. Mungkin kita beranggapan, menunaikan ibadah fardhu sahaja dlm seharian sudah ckup dan berpada2 bg kita. Namun, alangkah ruginya kita kerana tidak mengaut keuntungan "mudah" yg disediakan Allah. Terlalu byk amalan sunat yg tidaklah terlalu membebankn.
Amalan sunat mampu membantu agar sentiasa berhubung dengan Allah. Namun dlm kesibukan melakukan ibadah sunat, amalan fardhu haruslah dijaga. Ini kerana, jika amalan fardhu diabaikan dengan sengaja, maka, setiap yg kita lakukan akan dianggap berdosa walaupun ianya amalan yg sunat dan soleh.
Contohnya, jika seseorg itu tidak menunaikan solat fardu seperti zohor misalnya, amalannya tidak akan diterima Allah malahan berdosa pula walaupun dia menunaikan solat sunat, membca Al-Quran atau bersedekah.Begitulah beratnya dosa meningglkn amalan fardhu.
Perlu diingtkn, seandainya seorg ibu memanggil anaknya jika dia sedang bersolat sunat, harus bgnya berhenti dr menunaikan solat tersebut dan menjawab panggilan ibunya. Apatah lg apabila kita melakukan perkara2 duniawi dan lagha.
Bersama2 lah meningktkn ibadah kepada Allah, dan berusaha memelihara kesucian dan ketinggian Islam. InsyaAllah

0 comments:

Post a Comment

 
Today I shall be refined in my speech and will utter neither evil speech nor obscenity. Also, I shall not backbite.
Today I will be particular about my bodily cleanliness and appearance.
O' past that has departed away and is gone, I will not cry over you. You may not see me remembering you, not even for a moment, because u have travelled away never to return.
O' future, you are in the realm of the unseen, So i will not be obsessed by your dreams. I will not be preoccupied about what is to come because tomorrow is nothing and has not yet been created.