World and Life Events

in my point of view

FirSt RaMadHan At HoMe~~

Published by 5yS under on 11:52 AM

-UIA TO TAIPING-
12/9/09,6.15am - bertolak dari uia ( convoy bersama afiq rain, faiq kering, ziyad fz150, najmi hensem, mysterious uzairi , izwan pilus, c-boy ekzos, ngn tueb cina)
First part, kuantan-genting sempah, aku mengntuk gler...asyik tetdo mase bwk mtor (alhamdulillah nothing bad happen :p)
Lepas kuar tol Gombak, sume berpecah...tingl aku ngn ziyad je g sebelah utara..part nie best..aku race ngn ziyad dan fz150nya..latest highest speed aku-170km/h..dan ziyad letih nak kejar aku..aku ade amik gamba meter time tu sbg bukti sape2 yg xpecaye (ask me later)..hahaha.
Di pendekkan citer, disebabkan bwk laju, minyak cpt kering...so,cost naek la..but who cares..aku smpai Taiping kol 3 ( 4jam lebih awl dr sblm nie)..hoho

-HOME-
12/9/09 3.15pm- Sampai2 je rmh, tgk mak ayah da ade kt ruang tamu..pastu..(part nie terpakse dibuang kerana membabitkan sensitiviti pemilik blog :p)..Di pendekkan citer, biler smpai rmh je,aku tdo smpaila masuk waktu berbuka (8.19pm). siyes letih giler..

-BERBUKA-
Aku terkejut biler time berbuka sbb meja mkn penuh ngn mknn best2..(yela..sbb aku kn bru bgun tdo). Ade Kari ikan Plotan( betul ke eja?? tp mste rmai xpenah dga kn), sate (ayam,daging, perut, limpa), murtabak (feveret nie..murtabak pahang sucks-mahal,kecik xsedap-), bihun goreng, gulai ikan masin nanas dan byk lg lauk2 sampingan..so,aku pn.. ( part nie terpakse dibuang kerana mengalami unsur ganas yang keterlaluan )

-MASJID-
Haa, nie la part sebenar yg aku nk highlight dlm post nie..Ayah jd imam terawih mlm nie..lame dah xjd makmum ayah..em, dipendekkan cite, lepas terawih ade tazkirah by Ust. Ahmad Din..
Nie je ape yg sempat aku tangkap:

Mencari "Taqwa kepada Allah" di bulan Ramadhan.

Ka'ab bin Malik pernah ditnya oleh Umar Al-Khattab tentang Taqwa..
Umar bertanya, "Wahai Ka'ab, apakah taqwa?"Ka'ab bertanya kembali kepada Umar "Pernahkah kamu berjalan di suatu jalan yg dipenuhi duri-duri di mlm yg gelap?" Umar menjawab, "ya, aku pernah" Ka'ab bertanya kembali, "Apakah yg kamu lakukan untuk melintasi jalan tersebut?" Umar menjawab, " Aku mengangkt jubah ku, dan berjalan dengan penuh berhati-hati agar tidak terpijak duri tersebut". Ka'ab pn berkata, " Itulah Taqwa".

Kesimpulan dari kisah tersebut, taqwa ialah kita takut dan berhati-hati daripada melakukan dosa dan perkara2 yang tidak disukai oleh Allah.

Ada 4 perkara yang kita bole lakukan.

1) Muhasabah - Menilai Diri
Di sepertiga mlm, kita cuba renung balik ape yg kite lakukan..cube hitung berapa byk amalan yg dah kita lakukan, berapa pulak dosa yg dah kita buat..dan berapa byk pulak bekalan yg kita dah sediakan untuk hari akhirat? Allah berfirman yg bermaksud " Dan Aku mengilhamkan kepada kamu dua jalan yakni Fujur ( dosa) dan Taqwa" (Asy-Syams ayat 8)

2)Muraqabah- Mendekatkan diri
Merasakan kita dekat dengan Allah, dan sekiranya kita tidak dpt merasakn dekat dgn Allah, yakinlah bahawa Allah sentiasa dekat dengan kita dan sentiasa melihat kita.
"Tidak akan berzina seorg penzina itu jika ketika itu, dia beriman kpd Allah, dan tidak mencuri seorg pencuri, jika ketika itu, dia beriman kepada Allah." Jika kita yakin bahawa Allah sentiasa dekat dan memerhatikan kita, nescaya jd biru muka kita kerana malu dengan perbuatan kita di hadapan Allah.

3)Mu'aqabah - Menghukum diri
Kisah yg terbaik dlm perbuatan menghukum diri ialah kisah Umar Al-khattab.
Suatu ketika, Umar sedang sibuk dengan urusan pentadbiran sehingga terlewat waktu solat Asarnya. Terlewat ye, bukannya terkeluar waktu. Lalu dye berasa sgt sedih dan menyesal, lalu menghukum dirinya dengan memerdekakan dua org hambanya.
Dan di suatu ketika yg lain, di waktu solat maghrib Umar sedang sibuk menguruskan ladang tamarnya, sehingga nampak dua butir bintang ( maknanya, dah gelap cket..slalu maghrb kn cm cerah, xnampak bintang..),apabila tiba di masjid, dye xsempat nk berjamaah bersama sahabat laen..lalu dia pn menghukum dirinya dengan menginfaqkan ladang tamarnya kepada sahabat2..

Nilailah diri kita, bandingkan dengan kehebatan sahabat2 dahulu..bagaimana keimanan mereka dengan kita. Realiti sekarang, perbuatan melambat2kn waktu solat menjadi fenomena yg biasa dan dianggap remeh.."awal lg, relek la..bukannya aku xsolat" itulah perkataan yg slalu kedengaran saban waktu..mampukah kita menjadi seperti Umar dlm menghukum diri? Tepuk dada, tanya Iman

4)Mujahadah - Bersungguh-sungguh
Bersungguh-sungguh dlm melakukan ibadah, terutama di bulan ramadhan ini. Ibadah yg sederhana dan berterusan lebih baik dr ibadah yg hebat tetapi terputus-putus. Istiqamah dalam melakukan ibadah.

Itu je yang sempat disedut dan mampu dikongsikan bersama..IAllah, jika bole dpt detail, aku update lg..so, later then....
Selamat menjalani ibadah puasa :)

2 comments:

Unknown said... @ September 17, 2009 at 3:30 PM

haish..suke sangat rempit.
bahayala!!!

5yS said... @ September 17, 2009 at 3:37 PM

kalo xrempit, lmbt le sampai...kebas seh..

Post a Comment

 
Today I shall be refined in my speech and will utter neither evil speech nor obscenity. Also, I shall not backbite.
Today I will be particular about my bodily cleanliness and appearance.
O' past that has departed away and is gone, I will not cry over you. You may not see me remembering you, not even for a moment, because u have travelled away never to return.
O' future, you are in the realm of the unseen, So i will not be obsessed by your dreams. I will not be preoccupied about what is to come because tomorrow is nothing and has not yet been created.