World and Life Events

in my point of view

I Am Sorry

Published by 5yS under on 6:37 PM
Xsampai sebulan berazam utk bersabar dan kuat menghadapinya, tp semuanya sudah terlebur ..lemahnye diri ini dengan godaan syaitan..
Kegagalan mengawal perasaan mmg suatu yg kritikal..tambahan apabila melibatkn org laen..aku sedar akan hal ini, namun mungkin kebelakangan ini aku agak sensitif..mungkin kerana usia pn sudah meningkt, dan terlalu mengambil berat semua perkara..rindu zaman2 dikala aku tidak begitu mengambil serius kebykn perkara kecil..mungkin pergaduhan dan peluang utk melukakan hati org laen akan lebih rendah..namun, harus ku akui, byk perkara yg berlaku, dan tnggungjwb juga semakin berat..apa lagi dengan masalah yg bertimpa2..

Namun teringt kata2 hikmah dr ayah, "org yg paling kuat ialah org yg mampu menahan perasaannya dikala dia sedang mrh dan tidak tunduk kepada hasutan syaitan dan hawa nafsu"...bila mrh amik wudu' cpt2..nescaya terpadam api kemarahan..[ thx ayah =) ]
aku harus kuat!! i know, i am far stronger than this..dear self, bangkitlahh!!

Maaf kepada mereka yg terkesan dgn ketidaksabaranku..maaf kerana tidak mampu menahan nafsu amarah didlm diri ini..maaf kerana gagl dlm mengawal emosi..maaf juge kerana mengubah hidup siapa2..Byk kelemahan diri ini...byk juga hati yg ku lukai..hati ayah dan ibu juga pernah terguris dgn sikapku..apa lagi dgn org laen..sedih dengan sikap sendiri...

Apabila berjanji juga haruslah menepatinya. Kata-kata Ustaz Basiron semasa di MATRI dlu terngiang2 di telinga ku.." Bila kita nk berjanji dengan seseorg, sebut kalimah insyaAllah...kerana itulah jnji yg terbaek...kita sandarkn setiap perkataan dan jnji kita kepada Allah..nescaya Allah akan membantu kita dlm menyempurnakan jnji tersebut." Byk yg telah ku berjnji..namun, aku lalai...tidak pernah menyandarknnya pd Allah..selalu berazam dan berazam..namun akhirnya, byk jnji yg ku langgar..kecewa dgn diri sendiri...

InsyaAllah akan ku trus berusaha utk memperbetulkan mane yg silap dan memperbaiki kelemahan ini..tiada insan yg sempurna, namun itu bukanlah alasan utk kita lalai kn?..

Formalnye post nie...bukanlah mudah nk tulis luahan hati kt sini..tp, mungkin bole sentiasa mengingtkn diri bila tulis cmnie kn..dan kalo org laen tbace, dan ada masalah yg sama, bole sama2 berkongsi =) but i really mean what i said.. im sorry for all the things tht i've done, and for the things tht haven't occur yet. I may not be able to promise tht im not going to do it again, but i assure, i'll try my best to change myself and do my very best for the future...in this world and the hereafter..insyaAllah
Sahabat2, dan saudara2 yg terbaca post ini, sila support saya, sila tegur saya, sila ingtkn saya..
Dan doakan saya menempuh hidup ini..insyaAllah

Mutiara Usrah

Published by 5yS under on 11:51 PM
Cinta Allah mengatasi segala cinta terhadap makhluk laen. Apa yg diperbincangkn ialah tanda2 yg boleh dilihat pada org yg cintakan Allah.
1) Sentiasa menyebut nama Allah
Dalam erti kata laen, sentiasa zikrullah, memuji kebesaran zat2 Allah. Dengan zikrullah, hubungn antara kita dan Allah tidak akan terputus kerana setiap sesuatu yg kita lakukan, akan dihubungkn dengan Allah. Secara tidak langsung, akan menghindarkn kita dr melakukan maksiat dan perkara2 yg lagho.

2) Mengagumi Allah
Mengagumi Allah ialah sesuatu yg jarang kita sedar utk melakukannya. Apabila melihat sesuatu terutamanya yg diciptakn oleh manusia, kita sering kagum dan merasa ianya sesuatu yg . contohnya apabila melihat kecanggihan teknologi yg dihasilkn di Jepun. Namun kita sering lupa bagaimana Allah menciptakan alam ini dengan sangat sempurna. bagaimana kejadian siang dan malam, peredaran planet2, kejadian hujan dan sebagainyaa. Jika benar kita mencintai Allah, nescaya kita akan sentiasa mencari tanda2 kebesaran Allah.

3) Redha terhadap Allah
Hal ini merupakan sesuatu yg jarang kita dpt sempurnakan sebagai seorg hamba. Kita seringkali mengadu dengan segala kekurangan yg terdapat pd diri kita. Misalnya apabila ditimpa musibah, kita sering menyalahkn Allah kerana mengatur segalanya. Saya terbaca tentang kisah 2 org lelaki yg keluar memancing ikan dilautan. Seorg dr mereka merupakan seorg kafir manakala seorg lg merupakan seorg pemuda yg beriman. Setelah seharian memancing, si kafir td beroleh tangkapan yg sgt byk manakala si mukmin td tidak beroleh sedikit pn tangkapan. Kejadian ini disaksikan oleh malaikat. Malaikat ini berasa tidak selesa dengan kejadian td lantas bertemu dgn Allah. Malaikat itu bertanya mengapakah Allah memberikan rezeki yg byk kepada lelaki kafir itu dan menghalang lelaki mukmin dr mendpt sebarang rezeki? Lantas Allah memberitahu bhwa rezeki didunia ini tidaklah bernilai jika dibandingkn dgn nikmat yg akan dikecapi diakhirat. Allah menunjukkan kepada malaikat betapa tersiksanya lelaki kafir itu diakhirat kelak manakala lelaki yg beriman itu beroleh nikmat yg sgt besar didlm syurga. Allah mengurniakan syurga kerana lelaki mukmin itu atas kesabaran dan keredhaannya terhadap ketentuan Allah di dunia dahulu.
Alangkah beruntungnya kita jika lelaki mukmin itu ialah kita sendiri.

4) Sanggup berkorban
Pengorbanan dlm erti kata mengorbankn kesenangn dunia demi mencari keredhaan Allah dan kesenangan akhirat. Bukanlah tidak boleh kita bersenang2 di dunia. Far from saying that. Akan tetapi bersedia utk mengorbankn duniawi yg serba kekurangan ini. Sebagaimana sahabat dahulu berlumba2 dlm melakukan pengorbanan utk islam. Contohnya kisah Saidina Abu Bakar As-Siddiq, di dlm peperangan, beliau berhabis habisan semua hartanya utk berjihad di jln Allah, sehinggakan apabila ditnya oleh sahabat, "Apakah yg enkau tingglkn kepada anak2 mu", beliau menjawab "Allah dan Rasulnya". Sama2 lah kita renungkn, betapa kukuhnya keimanan dan betapa besar pengorbanan yg dilakukn. Malu dengan sikap sendiri :(

5) Takut kepada Allah
Takut which focuses on "takwa". Iaitu memelihara hubungan yang baik dengan tuhan. memelihara diri jangan sampai terperosok kepada suatu perbuatan yang tidak diredhai Allah. Memelihara segala perintahnya supaya dapat dijalankan. Memelihara kaki jangan terpesorok ke tempat yang berlumpur atau berduri. Saidina Umar r.a. pernah bertanya kepada seorang sahabat yang lain bernama Ubai bin Ka'ab r.a. makna taqwa. Lalu Ubai bertanya kepada Umar : “Adakah engkau pernah melalui satu jalan yang berduri ? Jawab Umar: “Ya”. Tanya Ubai lagi: “Apakah yang kamu lakukan untuk melalui jalan tersebut?”. Jawab Umar : “Aku melangkah dengan waspada dan berhati-hati agar kaki aku tidak tertusuk dri tersebut”. Balas Ubai : “Itulah yang dikatakan taqwa”.

6) Mengharap kepadanya
Tiada yg Berkuasa melainkan Allah. Oleh itu hendaklah kita menyandarkn segala doa, harapan dan pujian kepadanya. Setiap hari dlm solat kita berdoa; "Hanya kepada Engkau kami sembah dan kepada Engkau juga kami memohon segala Pertolongan".( Al- Fatihah : 1:4)
Kita sering terlupa akan hal ini. Hanya apabila kita berada dlm kesempitan yg amat sgt, barulah kita berbalik kepada Allah. Alangkah memalukan tindakan kita ini. Seharusnya segala ape yg kita lakukan hendaklah di sandarkn kepada Allah seratus peratus..kerana tiada yg berkuasa melainkn Dia dan Dia adalah sebaik-baik pengatur.

7) Taat kepadanya
Apabila di tnya, semua org akan mengaku mereka taat kepada Allah. Namun, sejauh manakah ketaatan kita kepadaNya. Sama2 lah kita renungkn.

Apa yg ingin saya bincangkn ialah sejauh manakah kita letakkan cinta kepada Allah? Kita sering meletakkn kecintaan kepada dunia dan isinya melebihi cinta kepada Allah dan Rasulnya. Dimanakah kedudukan kita disisi Allah.
Renung2 kn..
Lalainya diri ini... :(

Amalan fardhu, sunat dan keutamaan

Published by 5yS under on 6:27 PM
Tertarik dgn kata-kata Imam Ghazali:
"Amalan Fardhu ialah modal, manakala amalan sunat ialah keuntungan"
Dalam sesuatu perniagaan, sudah tentulah kita mahukan keuntungan. Bygkn jika kita berhempas pulas berniaga seharian, namun pada penghujung hari, kita hanya beroleh semula modal, tanpa sebarang keuntungan, dan kadangkala, kita terpaksa menanggung kerugian. Sudah tentulah perniagaan kita dianggap tidak berbaloi bahkan merugikan.

Begitulah analogi kehidupan kita seharian. Mungkin kita beranggapan, menunaikan ibadah fardhu sahaja dlm seharian sudah ckup dan berpada2 bg kita. Namun, alangkah ruginya kita kerana tidak mengaut keuntungan "mudah" yg disediakan Allah. Terlalu byk amalan sunat yg tidaklah terlalu membebankn.
Amalan sunat mampu membantu agar sentiasa berhubung dengan Allah. Namun dlm kesibukan melakukan ibadah sunat, amalan fardhu haruslah dijaga. Ini kerana, jika amalan fardhu diabaikan dengan sengaja, maka, setiap yg kita lakukan akan dianggap berdosa walaupun ianya amalan yg sunat dan soleh.
Contohnya, jika seseorg itu tidak menunaikan solat fardu seperti zohor misalnya, amalannya tidak akan diterima Allah malahan berdosa pula walaupun dia menunaikan solat sunat, membca Al-Quran atau bersedekah.Begitulah beratnya dosa meningglkn amalan fardhu.
Perlu diingtkn, seandainya seorg ibu memanggil anaknya jika dia sedang bersolat sunat, harus bgnya berhenti dr menunaikan solat tersebut dan menjawab panggilan ibunya. Apatah lg apabila kita melakukan perkara2 duniawi dan lagha.
Bersama2 lah meningktkn ibadah kepada Allah, dan berusaha memelihara kesucian dan ketinggian Islam. InsyaAllah

VieW of the Day

Published by 5yS under on 6:34 AM
Terkilan dgn sikap segelintir masyarakat terutamanya warga yg telah berumur yg mengutamakan politik berbanding urusan dan tuntutan agama..
Saya menyaksikan sendiri betapa kritikalnya keadaan ini.

Simpang, Taiping.
Di masjid, terdapat dua puak atau kelompok yg tidak boleh bercampur. Pembangkang di sebelah kanan dan kerajaan di sebelah kiri masjid.

Peristiwa yg berlaku semasa pilihanraya kecil di parlimen Bukit Gantang dahulu dimana masjid dihadiri oleh Najib, Nizar dan Zambry.
Imam masjid menyerahkn tempat imam kepada Nizar dan ini menimbulkan kekecohan dikalangan org ramai. Imam tersebut dipersalahkan kerana perbuatannya menyerahkn tempat imam kepada Nizar dianggap "memilih" Nizar sebagai ketua. Walhal, beliau lebih fhm dengan syarat2 dan peraturan dlm pemilihan imam. Apa yg amat dikesali, ketika Nizar menjadi imam, pasukan2 kerajaan ini, berhenti dr solat dan menunggu diluar masjid, sehinggalah selesai solat.
Yg lebih menyedihkan, beberapa bulan selepas peristiwa itu pn, imam tersebut seolah2 dipulaukan oleh penyokong kerajaan.
Imam tersebut akhirnya bertukar ketempat lain dan diganti oleh imam yg baru. penyokong2 kerajaan kembali memenuhi masjid, namun masih terdapat "gap" dikalangan jemaah.

Kesan peristiwa tersebut

Surau2 dan masjid dihadiri oleh jemaah2 tertentu. misalnya Surau Tmn Mawar dilabel surau pembangkang manakala jemaah pro-kerajaan akan hanya menghadiri surau al-hidayah dan masjid...alasannya, surau al-hidayah simpang dan masjid dibina oleh kerajaan manakala surau tmn mawar dibina oleh pro-pembangkang. Imam2 juga ditukar ganti mengikut kefahaman politik..hanya imam2 yg tidak menonjolkan "parti" mereka secara jelas, dikekalkn tmpt mereka.

What do I think?

Sebenarnya, dlm islam tidak salah berpolitik dalam masjid atau surau. Namun pada pandangan saya, tidak perlulah sehingga menimbulkan perpecahan dikalangan masyarakat. Umat Islam seharusnya bersatu dan saling berbincang dlm semua permasalahan. Tidak sepatutnya wujud permusuhan dikalangan umat islam sama ada dari dalaman ataupun luaran. Selain itu, perkara seperti "siapa yg membina" masjid dan surau tidak seharusnya menjadi pokok perbincangan, tetapi matlamat pembinaan tempt2 tersebut seharusnya diketengahkan.
Dari segi pemilihan imam pula, imam dipilih berdasarkn siapa yg paling baik bacaannya dan memenuhi rukun2 dan syarat menjadi imam. Jadi tidak harus timbul isu, parti manakah beliau dan tinggi manakah pangkt beliau dalam struktur masyarakat. Even Yang dipertuan Agong pn menjadi makmum dlm solat jumaat seperti yg dipertontonkn di televisyen.
Masyarakt seharusnya bersama2 berusaha dlm meninggikn jumlah jemaah yg hadir ke surau atau masjid2, bukannya menghalang jemaah menghadiri dgn memulau atau memasamkn muka kepada mereka yg hadir.

Semua ini tidak berlaku kepada saya atau keluarga, namun, semuanya begitu jelas sekali berlaku sehingga menimbulkn kepincangn dikalangn masyarakat. Pihak2 yg berkuasa dan bertanggungjwb, sila ambil tindakan utk mengurangkn seterusnya mengikis gejala ini..

Pink of Life

Published by 5yS under on 6:52 AM
Alhamdulillah,
Pengalaman mengajar erti hidup.
Byk yg telah kupelajari sepanjang cuti semester kali ini.
IAllah, akan ku praktikkan segala yg baik dan ku lupuskan segala yg mazmumah.
Benar, Allah itu sgt cantik pengaturannya..
Syukran buat ayah dan ibu yg byk membantu menyuluh jalan yg benar dikala aku sesat dalam kegelapan dunia.
Mak ayah, I truly love u both :)

Byk azam bru dlm hidup yg inginku laksanakan..
Tp, teringt kata ayah, biar sedikit2 berubah, perlahan2 tp beristiqamah, dan byk berdoa kepada Allah semoga dipermudahkn segala urusan kita. Ayah juga sempat bermotivasi.
"Sesungguhnya Allah itu Maha Pemurah dan Maha Penyayang kepada hambaNya..seandainya kita menghampiri Allah itu sejengkal, Allah akan dtg kepada kita sehasta..jika kita berjalan kepada Allah, nescaya Allah akan berlari2 kepada kita."
IAllah, hasrat makayah xkn kusia siakn.

Sahabat yg terbaca post ini,
Sila bantu saya dlm hal ini..
Saya akui kelemahan saya dlm beristiqamah..
Oleh itu, sila tegur saye tanpa segan silu dan tanpa merasa jemu ok..tq :)
 
Today I shall be refined in my speech and will utter neither evil speech nor obscenity. Also, I shall not backbite.
Today I will be particular about my bodily cleanliness and appearance.
O' past that has departed away and is gone, I will not cry over you. You may not see me remembering you, not even for a moment, because u have travelled away never to return.
O' future, you are in the realm of the unseen, So i will not be obsessed by your dreams. I will not be preoccupied about what is to come because tomorrow is nothing and has not yet been created.