World and Life Events

in my point of view

VieW of the Day

Published by 5yS under on 6:34 AM
Terkilan dgn sikap segelintir masyarakat terutamanya warga yg telah berumur yg mengutamakan politik berbanding urusan dan tuntutan agama..
Saya menyaksikan sendiri betapa kritikalnya keadaan ini.

Simpang, Taiping.
Di masjid, terdapat dua puak atau kelompok yg tidak boleh bercampur. Pembangkang di sebelah kanan dan kerajaan di sebelah kiri masjid.

Peristiwa yg berlaku semasa pilihanraya kecil di parlimen Bukit Gantang dahulu dimana masjid dihadiri oleh Najib, Nizar dan Zambry.
Imam masjid menyerahkn tempat imam kepada Nizar dan ini menimbulkan kekecohan dikalangan org ramai. Imam tersebut dipersalahkan kerana perbuatannya menyerahkn tempat imam kepada Nizar dianggap "memilih" Nizar sebagai ketua. Walhal, beliau lebih fhm dengan syarat2 dan peraturan dlm pemilihan imam. Apa yg amat dikesali, ketika Nizar menjadi imam, pasukan2 kerajaan ini, berhenti dr solat dan menunggu diluar masjid, sehinggalah selesai solat.
Yg lebih menyedihkan, beberapa bulan selepas peristiwa itu pn, imam tersebut seolah2 dipulaukan oleh penyokong kerajaan.
Imam tersebut akhirnya bertukar ketempat lain dan diganti oleh imam yg baru. penyokong2 kerajaan kembali memenuhi masjid, namun masih terdapat "gap" dikalangan jemaah.

Kesan peristiwa tersebut

Surau2 dan masjid dihadiri oleh jemaah2 tertentu. misalnya Surau Tmn Mawar dilabel surau pembangkang manakala jemaah pro-kerajaan akan hanya menghadiri surau al-hidayah dan masjid...alasannya, surau al-hidayah simpang dan masjid dibina oleh kerajaan manakala surau tmn mawar dibina oleh pro-pembangkang. Imam2 juga ditukar ganti mengikut kefahaman politik..hanya imam2 yg tidak menonjolkan "parti" mereka secara jelas, dikekalkn tmpt mereka.

What do I think?

Sebenarnya, dlm islam tidak salah berpolitik dalam masjid atau surau. Namun pada pandangan saya, tidak perlulah sehingga menimbulkan perpecahan dikalangan masyarakat. Umat Islam seharusnya bersatu dan saling berbincang dlm semua permasalahan. Tidak sepatutnya wujud permusuhan dikalangan umat islam sama ada dari dalaman ataupun luaran. Selain itu, perkara seperti "siapa yg membina" masjid dan surau tidak seharusnya menjadi pokok perbincangan, tetapi matlamat pembinaan tempt2 tersebut seharusnya diketengahkan.
Dari segi pemilihan imam pula, imam dipilih berdasarkn siapa yg paling baik bacaannya dan memenuhi rukun2 dan syarat menjadi imam. Jadi tidak harus timbul isu, parti manakah beliau dan tinggi manakah pangkt beliau dalam struktur masyarakat. Even Yang dipertuan Agong pn menjadi makmum dlm solat jumaat seperti yg dipertontonkn di televisyen.
Masyarakt seharusnya bersama2 berusaha dlm meninggikn jumlah jemaah yg hadir ke surau atau masjid2, bukannya menghalang jemaah menghadiri dgn memulau atau memasamkn muka kepada mereka yg hadir.

Semua ini tidak berlaku kepada saya atau keluarga, namun, semuanya begitu jelas sekali berlaku sehingga menimbulkn kepincangn dikalangn masyarakat. Pihak2 yg berkuasa dan bertanggungjwb, sila ambil tindakan utk mengurangkn seterusnya mengikis gejala ini..

0 comments:

Post a Comment

 
Today I shall be refined in my speech and will utter neither evil speech nor obscenity. Also, I shall not backbite.
Today I will be particular about my bodily cleanliness and appearance.
O' past that has departed away and is gone, I will not cry over you. You may not see me remembering you, not even for a moment, because u have travelled away never to return.
O' future, you are in the realm of the unseen, So i will not be obsessed by your dreams. I will not be preoccupied about what is to come because tomorrow is nothing and has not yet been created.